Tuesday, February 3, 2009

Lembaran Baru - MOU dengan FAMA

Hari ini telah membuka lembaran baru kepada Tanjung Farm. Usaha memasarkan keluar produk pertanian dari ladang kami telah memasuki era baru. Ini adalah sejajar dengan program perkembangan perniagaan Tanjung Farm untuk membekalkan produk ladang yang dikeluarkankan kepada pelanggan melalui agensi kerajaan yang terbabit iaitu FAMA.

Merealisasikan konsep "Contract Farming", Tanjung Farm bersetuju untuk membekalkan kepada FAMA setiap bulan keledek melaka (Batu) yang dikeluarkan dari ladang kami.
Melalui persefahaman yang ditandatangani Tanjung Farm juga perlu mengamal dan mempraktikkan konsep 3P (pengredan, pembungkusan & pelabelan) terbaik. Ini supaya produk yang dihasilkan diterima pasaran dengan baik dan tetap berkualiti.

Tahniah juga kepada peladang lain yang memetarai MOU dengan FAMA dalam program perladangan kontrak ini.

Akhir sekali moga usaha dan program ini menjadi satu tarikan dan memberi motivasi kepada peladang baru untuk menceburi bidang pertanian, dan peladang lain agar meningkatkan produktiviti ladang mereka.

No comments: