Wednesday, February 4, 2009

MAHA 2008 - Anugerah Peladang Muda Jaya Kebangsaan

Syukur Alhamdullillah, segala usaha, komitmen, pengorbanan dan dedikasi Tanjung Farm di dalam bidang pertanian telah mula membuahkan hasil. Benarlah pepatah melayu mengatakan "kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya".

Tanjung Farm berharap anugerah ini bukanlah penamat usaha kami di dalam bidang pertanian. Moga ia menjadi peledak semangat untuk kami terus berkerja dan berusaha dengan lebih gigih.
Akhir sekali kami berharap agar iltizam menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan terus tersemat dan bersemai subur di jiwa kami.


P/S: jutaan terima kasih untuk jurufoto kami - Iza Shahril.

Tuesday, February 3, 2009

Lembaran Baru - MOU dengan FAMA

Hari ini telah membuka lembaran baru kepada Tanjung Farm. Usaha memasarkan keluar produk pertanian dari ladang kami telah memasuki era baru. Ini adalah sejajar dengan program perkembangan perniagaan Tanjung Farm untuk membekalkan produk ladang yang dikeluarkankan kepada pelanggan melalui agensi kerajaan yang terbabit iaitu FAMA.

Merealisasikan konsep "Contract Farming", Tanjung Farm bersetuju untuk membekalkan kepada FAMA setiap bulan keledek melaka (Batu) yang dikeluarkan dari ladang kami.
Melalui persefahaman yang ditandatangani Tanjung Farm juga perlu mengamal dan mempraktikkan konsep 3P (pengredan, pembungkusan & pelabelan) terbaik. Ini supaya produk yang dihasilkan diterima pasaran dengan baik dan tetap berkualiti.

Tahniah juga kepada peladang lain yang memetarai MOU dengan FAMA dalam program perladangan kontrak ini.

Akhir sekali moga usaha dan program ini menjadi satu tarikan dan memberi motivasi kepada peladang baru untuk menceburi bidang pertanian, dan peladang lain agar meningkatkan produktiviti ladang mereka.