Sunday, April 13, 2008

Tuan punya TANJUNG FARM

Tak tau lah!!! apa yang sedang difikirkan dan ditenungkan tu..... RM... RM... RM... kot.

"Tokeh Busat" @ Zulkarnain Painan, abang aku yang banyak bekerja keras untuk memajukan "Tanjung Farm" menjadi salah satu sayap perniagaan pertanian bagi Syarikat Tanjung Unggul Enterprise.

Tanpa komitmennya "Tanjung Farm" mungkin tidak dapat direalisasikan dan menjadi realiti. Operasi seharian "week days" banyak dibawah kendalian, pemantauan dan pengurusannya.

Aku pulak selain sebagai "Strategic Planner" menjadi weekend farmer je, hari kerja biasa banyak buat kerja kat ofis Serdang. Sementara cuti hujung minggu dan kelepasan am aku penuhi dengan aktiviti pengurusan kesihatan kambing dan lembu, mengemas kini rekod, memotong kuku kambing serta kerja-kerja penyelenggaraan kandang, dll.

Kadang2 hari2 biasa kalau sempat, malam2 pun aku jengah kandang gak.

Budak kecik tu anak sulung aku Muhammad Hanif Nazmi, dulu dia takut ngan kambing, la ni kambing yang takut ngan dia.

1 comment:

Adsense-The Money Machine said...

Tahniah ....wa caya lu. Tumpang seronok tengok kawan-kawan berjaya. Saya minat juga nak pelihara haiwan ternakan nih tapi tak tu where to start. Modalpun ciput. Tengok sahabat-sahabat berjayapun jadilah....