Tuesday, January 25, 2011

Alkisahnya ... Kandang Lembu

Lokasi pembinaan kandang lembu terletak di lot 3517, Jalan Meranti, Kg Tg Sepat. Sebenarnya ia terletak di lokasi yang sama dengan kandang kambing sedia ada. Cuma di penghujung kawasan tanah yang berlainan
Keperluan membina kandang lembu semakin mendesak apabila potensi pasaran lembu sedia ada perlu di "explore" dengan segera untuk mendapatkan pulangan dari kehendak pasaran yang baik









.












Monday, January 24, 2011

Pilih Le Mana Yang Berkenan....


Lembu yang diternak dan dibesarkan adalah dari jenis brahman dan KK (Kedah Kelantan).
Kebanyakannya di ambil dari penternak sekitar Selangor. Ada juga yang diimport terus daripada Thailand (Siam)

Tuesday, January 18, 2011

Stok Aidil Adha 2010

Salam,
Lama dah rasanya tak update blog. Kesempitan ruang masa banyak membataskan waktu. Banyak perkara yang perlu didahulukan demi kelangsungan kehidupan yang serba mencabar ini.

Ini adalah stok lembu untuk aidil adha 2010.

Monday, March 2, 2009

Stok Marino (biri-biri)

Sabtu, 28 Februari 2009, 9.30 malam. Pesawat MasKargo selamat mendarat dengan membawa muatan kambing daripada Melbourne Australia.

Aku seperti biasa, perlu melintasi Bahagian Keselamatan MAB serta pintu kawalan MasKargo sebelum sampai ke animal hotel KLIA.

Tiada apa yang membezakan dengan transaksi sebelum ini, hanya penerbangan tiba awal dari waktu biasa. Urusan seperti biasa, menunggu giliran lori untuk masuk, kerja-kerja pemunggahan kambing ke lori, pemeriksaan dokumen dan kemudian keluar melalui pemeriksaan kastam dan bahagian keselamatan MAB.

Walau macam mana pun aku kena pastikan ianya mesti berjalan lancar agar semoga semua pembeli dan pelanggan ku gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ku tawarkan.

Kamera pun tak bawak, henpon pun pakai yang cap ayam jer, so tak de lah gambar yang nak diabadikan. Alhamdulillah, urusan selesai dengan baiknya.

Kat bawah ni adalah gambar stok marino yang akan ku pasarkan sendiri....

Berminat nak membelinya? beli seekor boleh, nak beli secara borong pun boleh.
Sila hubungi saya di talian 013-9843949 (24 jam)
juga boleh lawat pautan http://tanjungmall.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

Wednesday, February 4, 2009

MAHA 2008 - Anugerah Peladang Muda Jaya Kebangsaan

Syukur Alhamdullillah, segala usaha, komitmen, pengorbanan dan dedikasi Tanjung Farm di dalam bidang pertanian telah mula membuahkan hasil. Benarlah pepatah melayu mengatakan "kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya".

Tanjung Farm berharap anugerah ini bukanlah penamat usaha kami di dalam bidang pertanian. Moga ia menjadi peledak semangat untuk kami terus berkerja dan berusaha dengan lebih gigih.
Akhir sekali kami berharap agar iltizam menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan terus tersemat dan bersemai subur di jiwa kami.


P/S: jutaan terima kasih untuk jurufoto kami - Iza Shahril.

Tuesday, February 3, 2009

Lembaran Baru - MOU dengan FAMA

Hari ini telah membuka lembaran baru kepada Tanjung Farm. Usaha memasarkan keluar produk pertanian dari ladang kami telah memasuki era baru. Ini adalah sejajar dengan program perkembangan perniagaan Tanjung Farm untuk membekalkan produk ladang yang dikeluarkankan kepada pelanggan melalui agensi kerajaan yang terbabit iaitu FAMA.

Merealisasikan konsep "Contract Farming", Tanjung Farm bersetuju untuk membekalkan kepada FAMA setiap bulan keledek melaka (Batu) yang dikeluarkan dari ladang kami.
Melalui persefahaman yang ditandatangani Tanjung Farm juga perlu mengamal dan mempraktikkan konsep 3P (pengredan, pembungkusan & pelabelan) terbaik. Ini supaya produk yang dihasilkan diterima pasaran dengan baik dan tetap berkualiti.

Tahniah juga kepada peladang lain yang memetarai MOU dengan FAMA dalam program perladangan kontrak ini.

Akhir sekali moga usaha dan program ini menjadi satu tarikan dan memberi motivasi kepada peladang baru untuk menceburi bidang pertanian, dan peladang lain agar meningkatkan produktiviti ladang mereka.

Thursday, November 27, 2008

Ketibaan Kambing & Bebiri

20 November 2008 sejumlah besar (hampir 1500 ekor) kambing & bebiri telah tiba terus dari Australia.

Penerbangan menggunakan pesawat MASKargo tiba pada jam 2.30 pagi.

Inilah sebahagian stok kambing dan bebiri yang akan dipasarkan untuk memenuhi permintaan sempena Idul Adha yang akan kunjung tiba 3 minggu lagi, bagi umat islam melaksanakan ibadah korban


Patutlah kerajaan Malaysia amat menggalakkan program pembiakan kambing dijalankan secara domestik, supaya aliran keluar wang keluar negara dapat dikurangkan. Banyaklah duit kita yang mengalir ke Australia jika hampir setiap 2 minggu MASKargo membawa masuk penuh satu pesawat kambing dari sana.

Saya sendiri tidak dapat memenuhi permintaan semasa dengan hanya bergantung kepada pengeluaran kambing & bebiri pembiakan tempatan.

Tapi, semua tu bukan saya punya. Saya punya 50 ekor sahaja. Lagi 2 minggu ada masuk lagi.
KALAU NAK MEMBUAT TEMPAHAN SILA HUBUNGI SAYA TERUS DI TALIAN 013-9843949 (Haji Azree).